Searching...
Tuesday, February 25, 2014
2:27 PM 0

Sharnaaz Enggan Dedah Punca Gaduh Dengan Lisdawati


 "KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.
sharnaaz dan lisdawati bergaduh, pelakon bergaduh di set penggambaran, sharnaaz gaduh dengan fauzi nawi, artis bergaduh, punca sharnaaz serang lisdawati, sharnaaz gaduh dengan lisdawati, sharnaaz ahmad, gambar sharnaaz ahmad, lisdawati diserang sharnaaz, punca sebenar lisdawati diserang sharnaaz, masalah di set penggambaran sharnaaz

Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS.

"Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan.

"Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya.

Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya.

Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata:

"Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat.

"Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya.

Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya.

Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35. - SINARHARIAN

0 comments:

Post a Comment