Difahamkan, kumpulan lawak dianggotai Shahrol dan Ajak itu dijadual bergandingan dengan Jihan Raja Lawak namun dek kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka, sesi fotografi terpaksa dibatalkan.
Mahu tak sakit hati kerana semua perancangan diatur. Bahkan, dari awal mereka bersetuju dengan tarikh dicadangkan.
Kes lama, Jan 2014.... |
Dengarnya, Ajak memaklumkan saat akhir dia masih di Perak dan Shahrol pula ketika dihubungi mengatakan dia tidak dimaklumkan mengenai fotografi itu.
Menurut sumber, wartawan yang bertanggungjawab mengendalikan fotografi itu sudah maklumkan jadual dari awal.
Persoalannya, kenapa seorang masih di Perak dan seorang lagi menegaskan tidak dimaklumkan? Padahal ketika persetujuan diberi, kedua-duanya ada dan mengaku boleh lapangkan masa pada tarikh dijanjikan.
Tak pasal-pasal Jihan jadi mangsa. Gambar yang sepatutnya jadi penghias muka depan akhirnya terpaksa ditukar ke halaman biasa.
Apapun, Jihan tetap komited memberi ‘pose’ terbaik. Berikutan kejadian itu, majalah berkenaan khabarnya serik untuk bekerjasama lagi dengan Shiro.
Namun, di laman Instagram Ajak, beliau memuatnaik berita tersebut dan mengatakan mereka sebenarnya telah memaklumkan ketidakhadiran mereka disessi fotografi itu.
Salam..agak macam mana agaknya kita nak puaskan hati semua orang ye? Sedangkan kami dah bagitau yg kami xboleh hadir sbb ade masalah yg terlalu peribadi utk saya kongsi.bagitau salah xbagitau pon salah.. *pengajaran hari ni..buat baik berpada2* kalau penulis ni terbaca.. Dan rasa xpuas hati..saya sedia berdepan..
So...salah siapa pulak nih?
0 comments:
Post a Comment