Searching...
Friday, February 28, 2014
1:04 AM 0

ISU :Shahrol Shiro Dedah Punca Pergaduhan Dengan Jep Sepahtu

Mbs nak kongsi kenyataan dari shahrol Shiro tentang punca pergaduhan dia dengan Jep sepahtu.


Difahamkan melalui blog Perihal Negara hari ini, Shahrol Shiro akhirnya mendedahkan punca sebenar pergaduhan dengan Jep Sepahtu.

Sebelumnya hubungan kami agak rapat... tapi.. mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,”...

 Shahrol Shiro Dedah Punca Sebenar Pergaduhan Dengan Jep Sepahtu, pelawak, pelakon, hiburan, info, gossip, kontroversi

Mai Baca Sat....

Mencari rezeki adalah matlamat utamanya menceburi dunia seni. Pun begitu, mahu atau tidak, Shahrol Azizie Azmi, 31, atau Shahrol Shiro, kini terpaksa berdepan hakikat berdepan kontroversi. Masih baru bertapak mencipta nama, dia sudah terbabit dalam perang dingin dengan Jep Sepahtu.

Isu yang bermula sejak Maharaja Lawak Mega 2013 dan berlarutan sehingga memberikan tekanan buat artis kelahiran Kluang, Johor ini. Seboleh mungkin dia ingin menjernihkan keadaan kerana mahu fokus pada kariernya yang semakin berkembang.

INI KENYATAAN SHAROL SHIRO:


“Sebenarnya isu dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar-besarkan sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.

“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM 2013 mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM, saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu

“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” katanya kepada RAP -Hmetro Online, baru-baru ini.
  

MBS harap mereka Shahrol dan Jep akan saling memaafkan , dan singkirkan segala perbezaan peribadi masing-masing...yang penting persahabatan itu harus di utamakan...MBS mendoakan agar mereka akan berdamai...

-peace Yoh-


Sumber : perihalnegara.blogspot.com

12:31 AM 0

999: Hazlin Hussain Kini Bertudung

 Bagi peminat program 999, nama Hazlin Hussain memang tidak asing lagi. Selain mengacarakan program kepolisan tersebut, Hazlin juga merupakan salah seorang pembaca berita TV3.

Pengacara 999, Hazlin Hussain Kini Berhijab

Bagi yang mengikuti perkembangan Hazlin di media sosial, pasti maklum bahawa baru-baru ini Hazlin menempuh pengalaman menyedihkan iaitu kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia.

MBS juga terkejut dengan perubahan yang berlaku pada diri Hazlin...apa2 pun..Hazlin sudah mempunyai kepastian dalam hidupnya memakai tudung..so sweet..

Apa pun kami tumpang gembira melihat perubahan ini dan mendoakan semoga Hazlin terus istiqomah.

-peace yoh-



sumber:kezoom.blogspot.com
12:01 AM 0

GEMPAR! Nelydia Senrose delete semua Gambar Qi Razali



Memikirkan kontroversi cinta tiga segi antara Nelydia, Qi Razali dan Sharnaaz baru ini telah tamat, tapi malang rupanya kerana baru-baru ini timbul semula spekulasi yang kurang enak melibatkan ketiga-tiga artis ini.

Peminat mula mengesyaki sesuatu apabila Nelydia bertindak memadam hampir keseluruhan gambar Qi di laman Instagramnya  tanpa diketahui sebab yang kukuh. Apa respons anda semua berkenaan isu ini?

Thursday, February 27, 2014
11:25 PM 0

[Gambar] Cedera Kemalangan, Nad Zainal Terlantar di Wad ???? Mai Baca Sat

 Menurut news dari pada blog Kezoom Informasi online, MBS Nak share beberapa gambar terkini dilaman Instagram Nad Zainal menarik perhatian peminat. Mana taknya, kelihatan Nad Zainal terbaring dengan darah keluar dari mulut di atas dijalanraya.

[Gambar] Cedera Kemalangan, Nad Zainal Terlantar di Wad

Rupa-rupanya ia hanyalah salah satu babak dalam cerekarama lakonan beliau yang terbaru. Ramai peminat memberikan komen yang gambar tersebut kelihatan seperti hidup.

Rupanya hanya babak dalam cekerema lakonan pula da....MBS juga sangat terkejut dengan gambar yang telah menjadi bualan di laman sosial.


Apapun jom lihat beberapa gambar lain babak kemalangan drama terbaru beliau ini dibawah.


Dalam pada itu, Nad sempat juga memuatnaik satu kenyataan dari akaun palsu Instagram yang menyamar dan menggunakan nama beliau. Katanya,
"fake.. ada masa kau ni dik.. cuba pergi jogging ke.." 



Walaubagaimana pun, kena lah berhati-hati ..walaupun berada dalam babak lakonan..Maklumlah malang tidak berbau....peace yoh.

11:02 PM 0

Foto: Apabila Para Model Catwalk Tergelincir


Bayangkan tiba-tiba anda jatuh di depan orang ramai...Tak ke malu besar...aduii..Kecian model-model ini yang cuba membuat yang terbaik di depan para penonton.
 Berikut adalah foto foto para model yang sangat memalukan diatas panggung catwalk.

model
model 2
model 3
model 4
model 5
model 6
2:30 PM 0

Nak Buat Apa Nak Minta Maaf Dengan Shaarnaz ? - Fauzi Nawawi


Fauzi_Nawawi
Rakan rakan sekalian, MBS nak habaq sikit ni, kita semua bakal melihat pertembungan ego dua orang selebriti lelaki yang epik dalam beberapa hari mendatang ini jika tiada siapa yang mahu mengalah dan berdamai — seperti apa yang berlaku sekarang ini.

Sharnaaz Ahmad dalam temubual bersama media awal hari semalam mendakwa yang Fauzi Nawawi menghantar SMS memanggil dirinya anjing kurap dan babi selain turut melibatkan ibunya dalam pertelingkahan mereka.

Fauzi Nawawi dalam kenyataan balas berkata beliau tidak akan tunduk dengan permintaan Sharnaaz Ahmad untuk beliau meminta maaf atas dakwaan mencaci dirinya dan keluarga beliau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja. Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?”

Fauzi Nawawi juga berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan dengan Sharnaaz Ahmad jika perkara ini dibawa ke muka pengadilan selain mendakwa pelakon itu terbawa bawa watak Jebat lakonannya dalam drama Bukan Aku Tak Cinta ke dunia nyata. 

mmmm....Masing-masing tak nak mengalah...klo sampai kat mahkamah gerenti artis ne memang paling top di Malaysia..

MBS harap mereka akan berdamai jua...peace yoh..
2:15 PM 0

Respon Pada Fauzi, Sharnaaz Dah Buat Pemeriksaan Otak

Respon Pada Fauzi Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak Sindiran Epic SYOKBAH Respon Pada Fauzi, Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak   Sindiran Epic!

Tak Habis-Habis cerita pasal dua artis ne..MBS pun tak tahu nak cakap apa...rendah- rendahkan lah hati masing-masing..jangan lah sampai nak bawa ke makhamah..ish.ish.ish...jom layan cerita pemeriksaan otak Sharnazz...

Namun di sebalik ketegangan itu, Sharnaaz masih lagi mampu membuat lawak dan menyindir pihak lagi satu dengan membuat pemeriksaan otak seperti yang disuruh Fauzi.
Menerusi kenyataan Fauzi yang berang isterinya ditengking sebelum ini, dia menyarankan Sharnaaz mendapatkan rawatan kerana bimbang pelakon kacak itu menghidap masalah mental.
Barangkali rasa tercabar dengan dakwaan tersebut, Sharnaaz telah berkongsi sekeping foto dirinya sedang tersenyum memegang imbasan otak sambil menunjukkan isyarat bagus.
Saya dah buat MRI MRA… Scan otak pun dah… Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM… Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss
Menerusi foto dan caption sebegitu, nampaknya lebih ramai peminat Sharnaaz yang menyokong tindakannya lebih-lebih lagi selepas mendengar penjelasan pelakon tersebut semalam.
Tambahan pula, Sharnaaz juga kelihatan sudah bersedia untuk menyaman Lisdawati dan Fauzi selepas tawarannya untuk menerima permohonan maaf daripada mereka tidak diendahkan pasangan itu. – sumber

MBS  harap isu artis ne akan berakhir dengan saling maaf bermaafan, bukannya orang lain...peace yoh..
1:57 PM 0

5 Artis Korea Yang Cantik

Artis Korea memang terkenal paling suka melakukan operasi plastic. MBS nak share sikit gambar artis Korea dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.

2. Han Ga In

5 Artis Korea Yang Cantik Alami Tanpa Operasi

Han Ga In masuk dalam salah satu aktris wanita tercantik di Korea. Popularitasnya di kancah global menanjak berkat perannya sebagai Heo Yeon Woo dalam drama Moon Embracing the Sun. Ga In memilih menikah di usia muda yakni 22 tahun. Meskipun begitu satu windu pernikahannya berlangsung, kecantikan Ga In seakan tak pernah pudar. Dia juga dikenal karena wajah cantiknya sudah mencuri perhatian semenjak SMP. Ga In sendiri debut sebagai aktris saat wajahnya yang cantik dan segar tampil dalam segmen wawancara pelajar di sebuah program berita pagi.

3. Kim So Eun

5 Artis Korea Yang Cantik Alami Tanpa Operasi


Perannya sebagai gadis naif nan polos Chu Ga Eul dalam drama Boys Before Flowers membuat nama Kim So Eun langsung populer. Tak hanya Ga Eul yang berkepribadian polos dan imut, So Eun diyakini memiliki kepribadian yang juga apa adanya dan wajah imut khas Korea Selatan. Hal itu dibenarkan dengan foto-foto So Eun semenjak remaja sampai dewasa yang memperlihatkan kecantikan natural.

4. Moon Geun Young

5 Artis Korea Yang Cantik Alami Tanpa Operasi


Publik mengenal wajah cute Moon Geun Young sebagai Choi Eun Seo kecil dalam drama Endless Love. Karena sudah debut dalam jagat drama Korea semenjak kecil, publik sudah mengetahui bagaimana wajah Geun Young dari dulu sampai kini berusia lebih dari seperempat abad. Geun Young adalah salah satu aktris cantik dengan wajah baby face yang alami. Mata bulatnya adalah karunia istimewa selain wajah cantiknya. Tak heran kekasih aktor tampan Kim Bum ini kerap dianggap lebih muda dari usianya yang kini 27 tahun.

5. Lee Min Jung

5 Artis Korea Yang Cantik Alami Tanpa Operasi



Lee Min Jung mencuri perhatian fans berkat perannya sebagai Ha Jae Kyung di drama Boys Before Flowers karena wajah cantiknya yang modern dan sangat segar. Semenjak itu dia menjadi peran utama dalam berbagai drama yang semakin dipuja karena wajah cantik alaminya yang selalu membuatnya lebih muda daripada usianya. Bahkan kecantikan Min Jung itu sudah terlihat semenjak dia muda. Tak heran wajah cantiknya membuat sang aktor tampan Korea kelas Hollywood, Lee Byung Heon bertekuk lutut dan kini menjadi suaminya.



Nampak berbeza tak gambar artis ne.....
1:43 PM 0

Aishah Lebih Senang Dengan Ibu Saudara Berbanding Ibu Bapa Sebenar





Menurut Berita daripada Blog Siakapkeli.com, anak perempuan pasangan Malaysia ini, mengaku bahawa lebih senang berada dekat dengan ibu saudara berbanding dengan ibu bapa sebenar. Jom baca artikel daripada blog siakapkeli. MBS sangat bersimpati dengan keluarga ini.

STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

“Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya,” kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

“Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

“Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.


MBS berharap keluarga ini akan bersatu kembali..........
Wednesday, February 26, 2014
2:12 PM 0

Lisdawati , Fauzi Gelar Sharnaaz Anjing Kurap dan Libatkan Ibu

 Susulan kejadian perbalahan antara tiga pelakon, Lisdawati, Sharnaaz Ahmad dan Fauzi Nawawi, pelakon utama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang memegang watak Jebat ini telah tampil memberi kenyataan kepada akhbar Harian Metro.

Lisdawati, Fauzi Gelar Sharnaaz Pondan, Anjing Kurap Libatkan Ibu

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh Harian Metro, Sharnaaz menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan mengaku menengking aktres yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi secara tidak sengaja.

Malah pelakon lelaki itu mendakwa Lisdawati telah mencanang keburukannya yang lalu termasuk mengaitkan nama bekas kekasihnya, Shila Amzah sepanjang empat bulan mereka menjalani penggambaran. 

Sapelah tak marah, kalau asyik-asyik nak kaitkan dengan kekasih lama......

Kemuncak kesabaran Sharnaaz akhirnya tercabar apabila Lisdawati memanggil dirinya dengan perkataan pondan sewaktu mereka sedang merakam salah satu babak dalam drama tersebut. 

Kalau MBS ditempat Sharnaaz, tahap kesabaran pun boleh tercabar..

Berang dengan tuduhan itu, beliau kemudiannya meninggikan suara kepada Lisdawati sambil berkata ‘Diamlah Kakak!’

Berikutan itu, Sharnaaz mendedahkan Fauzi meninggalkan pesanan menerusi SMS dua hari kemudian meminta penjelasan namun suami kepada Lisdawati itu telah membabitkan ibu Sharnaaz di dalam hal ini selain memanggil pelakon itu dengan gelaran anjing kurap.


Menerusi video yang sama juga, Sharnaaz telah memohon maaf kepada pasangan itu namun dia bertegas mahu Lisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf kepada ibunya secara peribadi atau berdepan saman maksima.

Sharnaaz tetap mahu pasangan itu tampil meminta maaf, apatah lagi perkara ini turut melibatkan ibunya.

Jom dengar penjelasan daripada pihak Sharnaaz di bawah ini.
Boleh ko Fauzi mintak maaf dengan aku?, apa ko cakap aku anjing, ko cakap kat mak aku, boleh?

Tapi satu syarat, gua nak lu personally cakap kat mak gua boleh? 

Kalau tak gua saman lu malu maksimum, gua tak nak tawww apa macam lu mau bayar… boleh?

Gua penting family gua… lu boleh pukul gua sebulan dua bulan baik oh itu luka… tapi lu rosakkan wa punya family punya hati ah..

SAMPAI MATI WA INGAT AH… EMM JANGAN SENTUH WA PUNYA FAMILY!
 
4:43 AM 0

Betul Ke Dynas Mokhtar Sah Bercerai?



Ada khabar angin kembali bertebaran mengatakan pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar telah sah bercerai sekitar jam 3.00 petang pada 25 Februari 2014 bersamaan hari semalam.
Namun menurut sumber kami yang memeriksa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, tiada rekod tuntutan penceraian melibatkan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar dan suami, Mohd Hafizi Mohd Hafiz.

Dalam masa yang sama, Dynas Mokhtar sehingga saat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan tentang gosip yang menjadi bualan para peminat dan media ini.

Dynas Mokhtar & Mohd Hafizi berkahwin pada Mac 2008 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahayamata sepanjang usia perkahwinan. 







4:02 AM 0

Nicolas Cage Teruja Dapat Gelaran Datuk

Nicolas teruja mendapat cucu pertama.

PELAKON terkenal Nicolas Cage teruja apabila dimaklumkan sudah bergelar datuk oleh anaknya, Weston Cage yang baharu sahaja menyambut kelahiran anak sulung bersama isteri, Danielle.

Daily Mail melaporkan Weston membuat pengumuman itu ketika hadir ke acara amal pada Sabtu lalu dan memberitahu bapanya merupakan insan paling gembira dengan kelahiran berkenaan.

"Danielle melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat dan bapa saya sangat teruja dengan berita berkenaan. Keluarga adalah segala-galanya buat kami," kata Weston.

Hubungan Nicolas dengan keluarganya sangat akrab walaupun dia sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai bintang popular Hollywood.

Weston sendiri memberitahu ingin lebih ramai cahaya mata memandangkan mereka sama-sama tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Nicolas bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Joe menerusi adaptasi daripada sebuah novel karya Larry Brown.





sumber: LM Merah
1:34 AM 0

ISU PANAS: 4 GAMBAR KERETA MEWAH DATUK ROSYAM NOR



Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menganggap dakwaan yang mengatakan dirinya memiliki tiga kereta mewah bernilai RM8 juta itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.

Menurut petikan laporan Harian Metro, Rosyam yang merupakan penerbit Suhan Movies & Trading berkata, "Hak milik siapa kereta itu tidak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke? "Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan, jadi saya harap tiada pihak cuba untuk cetus kontroversi pula," ujarnya.

Menurut pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin ini lagi, dia akan memberi penjelasan bila tiba waktu yang sesuai dan berharap agar persoalan mengenai pemilik tiga kereta mewah itu tidak diperbesarkan. 
"Adakah satu kesalahan kalau saya benar-benar pakai tiga kereta mewah itu atau salah ke kalau saya hanya pinjam kereta-kereta itu?." katanya lagi.

Baru-baru ini desas-desus mendakwa Rosyam, 46, memiliki tiga kereta jenis sport iaitu McLaren MP4, Aston Martin Rapide dan Aston Martin DB9. Dalam perkembangan lain, Rosyam bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Balistik" pada 9 Januari depan.

Filem yang turut dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Syamsul Yusof dan Susan Lankester ini mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kumpulan geng mafia ditinggalkan isterinya, Salina yang bimbang nyawanya terancam. Beberapa tahun kemudian, Saga telah terjumpa Salina yang kini sudah berkahwin dengan Inspektor Nizam yang merupakan teman baik Saga ketika di rumah anak yatim piatu.



1:23 AM 0

7 Fakta Menarik Tentang Pelakon Malaysia Izara Aishah



1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.

5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.

7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi.
1:13 AM 0

5 Gambar Anak Sofea Jane Bersosial Sakan!


Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.


Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.

Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.

Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.


Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga 'google' kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.

Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.

Bagaimana pula dengan anda?

-Pilihan-anda
1:01 AM 0

"Tuduhan Lisdawati Dan Suami Mengarut"


Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut.


Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.

“Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap… cakaplah.

“Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah… bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini petang Isnin.

Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu.
Lisdawati bersama suami dan anak mereka.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.

Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar.

“Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis,” ujarnya dalam nada tegas.

Lisdawati yang dihubungi mStar Online pada Isnin pula berkata, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut.

“Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu,” tuturnya yang mengandung lapan bulan. – mStar Online