Sebenarnya penulis pun kurang arif tentang produk Double Stemcel ini. Namunpendedahan penipuan produk Double Stemcell – Phytoscience menjadi viral di media sosial beberapa hari lepas. Ianya hasil pendedahan dari wartawan TV3 yang juga blogger nyaris menjadi mangsa penipuan bisnes berkonsepkan MLM ini.
Pelbagai isu timbul mengenai produk ini termasuklah dari masalah status logo halal, hinggalah ke status logo SIRIM dan ‘lesen’ pelepasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dirungkai dan didedahkan oleh Mazidul tanpa ada sebarang penjelasan dari pengeluar produk terbabit.
Sikap lepas tangan pengeluar produk Double Stemcell ini memaksa ‘bala tenteranya’ yang taksub dengan perniagaan berkonsepkan MLM ini tampil memberikan penjelasan tanpa sebarang fakta dan bukti yang kukuh. Mereka juga menyelar tindakan Mazidul dilihat seperti cuba menjatuhkan bisnes ‘bumiputera’ dan dia dibayar oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian.
Namun orang ’nombor dua’ Double Stemcell terpaksa tampil memberi penjelasan dan penafian mengenai dakwaan Mazidul itu, iaitu Umie Aida.Datin Paduka Umie Aida tampil memberikan respon melalui akaun Instagramnya.
Namun orang ’nombor dua’ Double Stemcell terpaksa tampil memberi penjelasan dan penafian mengenai dakwaan Mazidul itu, iaitu Umie Aida.Datin Paduka Umie Aida tampil memberikan respon melalui akaun Instagramnya.
Tampil seorang individu lagi mempertikaikan dakwaan yang dilabelkan sebagai ‘fitnah’ itu. Uci Qhairul mempertikaikan kelulusan individu yang bernama Abd Aziz Ibrahim yang juga tampil membongkarkan penipuan produk Double Stemcell itu benar atau dia dibayar untuk memburukkan DCS.
Siapa Uci ini nak mempertikaikan kelulusan sesorang penyelidik itu yang mana kedudukan dirinya hanyalah sebagai seorang peserta MLM? Dek keceluparan Uci, tampil pula Farril Fardan mempertahankan Dr. Abd Aziz Ibrahim dengan memberikan bukti bahawa beliau sememangnya seorang pengkaji.
Semenjak isu penipuan Double Stemcell ini dibongkar, ramai ‘agen2 MLM DCS’ ini melenting kononnya ada pihak cuba menabur pasir di periuk nasi mereka.
Walaupun Kementerian Kesihatan dan JAKIM telah membuat penafian memberi ‘lampu hijau’ kepada produk DCS berkenaan, masih ramai juga yang cuba menegakkan benang yang basah.
Selagi pengeluar produk berkenaan tidak tampil memberikan bukti bahawa produk Double Stemcell itu benar dan sahih, selagi itu pendedahan yang dilakukan oleh Mazidul dan Dr. Abd Aziz Ibrahim akan digunakan dan akan memberikan kesan yang negatif kepada perniagaan produk tersebut.
Sumber berita asal : TengokTVOnline.
0 comments:
Post a Comment