Kenapa Erra Fazira Tidak Dapat Hak Penjagaan Anak - Umum pasti sudah tahu kisah keretakan rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil berkhir hari ini. Peliknya kenapa Erra tidak mendapat hak penjagaan anaknya sedangkan beliau memiliki kerjaya yang stabil.
Kebanyakkan kes perceraian sebegini ibu yang akan diutamakan dalam soal hak penjagaan. Adakah ini kerana Erra tidak mempunyai masa untuk bersama anaknya kerana sibuk dalam kerjaya?
Kini hak penjagaan anak mereka Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun jatuh kepada ayahnya Engku Emran.
Menurut Sinar harian, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira.Permohonan ini diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju dan mahkamah meluluskan permohonan Erra untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.
Aktress cantik itu diwakili oleh peguamnya Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan perceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013.
Dalam pada itu, Erra turut memohon supaya pihak lain tidak lagi bertanya mengenai kisah perceraiannya kerana ingin fokus terhadap kerjaya. – sumber
0 comments:
Post a Comment