STOCKHOLM – “Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan,” kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka.
Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka.
Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula.
Azizul Raheem Awalluddin, seorang pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya, Shalwati Nurshal ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul, menyebabkan mereka membuat laporan mengenainya kepada pihak berkuasa.
Memasuki hari keempat perbicaraan, Azizul dilihat memakai jaket baharu berwarna hitam dan tali leher biru, manakala Shalwati memakai jaket berwarna kelabu bersama dengan baju kurung.
Walaupun Shalwati dilihat sentiasa menulis nota pada minggu lepas, ibu kepada anak orang anak itu kini memberi tumpuan kepada video yang dipertontonkan sejak Isnin lalu.
Dalam temubual yang direkodkan itu, Ammar mengakui dia jarang dipukul oleh ibunya dengan rotan, ‘mungkin dua kali sebulan’.
Dia berkata, bapanya kadang kala menggunakan rotan ketika kelas al-Quran, tetapi tidak pernah benar-benar menggunakannya.
Ketika ditanya bila Ammar teringat saat dia pernah dirotan oleh bapanya, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, ketika dia mencuri kad kredit ibunya untuk membeli permainan video.
“Saya meminta ibu untuk membelikan alat permainan itu beberapa kali tetapi dia enggan. Jadi saya bertindak mengambil kad kreditnya dan membeli permainan itu sendiri,” kata Ammar.
Namun, Shalwati mengetahui perkara itu, menyebabkan Azizul bertindak memukul anaknya sebagai hukuman.
Ammar berkata, hukuman itu kekal diingatannya kerana dia merasakan bapanya lebih mementingkan wang berbanding dirinya.
“Saya melihat bapa benar-benar marah pada ketika itu,” kata Ammar.
Ini bukan kali pertama Ammar memberitahu bahawa adik-beradiknya yang lain turut dipukul kerana mencuri.
Ammar sebelum ini berkata, kakaknya Aishah turut dipukul beberapa kali kerana mencuri wang dan coklat.
Pada 10 Februari, Shalwati dan Azizul didakwa di atas tuduhan pencabulan integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera anak-anak mereka.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu dirumah mereka di Spanga, Stockholm antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
Perbicaraan bersambung pada Selasa. – mStar Online
Mak ayah kamu bukan pentingkan wang Amar...tapi mak ayah kamu ajar kamu adab dlm Islam..mencuri hukumnya berdosa....mungkin fikiran kamu belum matang..tapi bila da besar nanti...kamu akan ingat setiap detik dan kata2 yang mak ayah kamu cakap...dan ingat..kamu juga akan mempunyai keluarga sendiri dan besar kemungkinan anak kamu pun akan buat benda yg sama mcm kamu buat pd mak ayah kamu..........
ReplyDeleteMungkin budak telah dihasut budaya barat yang melampaui agama,sehinggakan ajaran islam dilupai dilubuk hatinya,semoga allah merahmati ibubapa yang menegakkan agama allah,
ReplyDeleteIslam saja ke nak anak membesar jadi org berguna..? semua bangsa pun gitu lah.. termasuk Barat. Janganlah kes ni pun nak dijadikan isu agama.
ReplyDeleteAmmar tak sedar dia kena pukul sebab perbuatan mencuri bukan sebab jumlah duit yang dicuri tu. hmm... umur dah 12 tahun tapi tak tahu mencuri tu salah... entah salahnya di mana... sekolah, rumah, masyarakat atau semuanya...
Sedarlah ammar, hukum mencuri itu bdosa.. xde ibu bapa yg hnya mmpu melihat anaknya berbuat kjhtn.. ibu bapa kmu merotan kmu dgn bersebab.. urmmmm.. mna la hilangnya ksh syg anak2 pd ibu bapa yg melahir & mbesarkan??
ReplyDeleteHakikatnya semua bangsa dan agama mahu yg terbaik buat anak mereka. Cuma dalam Islam telah digariskan dgn tegas dan jelas dalam hal mendidik anak. Dari bayi hingga mereka meningkat baligh. Mungkin agama lain tidak se khusus Islam dalam didikan anak2. Memukul tidaklah sampai mencederakan itu wajar dalam memberi pengajaran. Lebih2 lagi kanak dalam usia Ammar ni. Mencuri dan menipu dah jadi kebiasan. Kalau tidak dipantau, bimbang akan berlarutan sampai dewasa kelak.
ReplyDeleteermmm..inilah akibat budaya hidup barat telah menyerap kedalam hati dan pemikiran kanak-kanak ini. Moga Allah bagi hidayah kepada mereka. Amin..
ReplyDelete4Life Transfer Factor Malaysia
soalannya ialah.. awak ada rasa bersalah x buat mak ayah awak masuk penjara? alasan bodoh sungguh nak terasa hati dgn mak ayah.. bagitau aku mak ayah mana yg x pukul kalau dapat tau anak dia mencuri? mak bapak yg x kisah je. baik la kau kena pukul daripada ko terbiasa mencuri dan 1 hari ditangkap polis.
ReplyDeleteMungkin kerana membesar di negara bukan islam & hanya mementingkan kemanusiaan sehingga tanpa di sedari membina masyarakat yang tidak berperikemanusiaan spt kanak-kanak Ammar ini. Biarkan dia merasai hidup bagaimana tanpa ibu-bapa. Mungkin beberapa tahun ibu-bapa mereka di penjara, mereka akan belajar tentang hidup yang sebenar. Moga Allah mendidik-mu wahai anak. Sungguh kejam & tiada perasaan belas kasihan langsung terhadap ibu bapa mereka. Allahurabbi. Aku masa kecil pernah di rotan & di sebat kerana membuat kesalahan. Tapi tiada sedikit pun perasaan benci sehingga mahu ayahku di penjara kerana memukul kami adik beradik. Dunia di akhir zaman, apabila anak mula menjadi Tuan kepada ibu & bapa-nya.
ReplyDeleteya allahh..sy sedih baca kesah mereka.kesian ibu bapa mereka..tergamak mereka buat mcm tu...
ReplyDeleteMungkin jugk si anak da minta berkali2 tp xdpt2 jugk dr ibu bapa, sedangkan parent dok beli gajet itu ini,... sehingga ank x
ReplyDeleteEh berpikir pjg selaen mencuri
ibu bapa lakukan ssuatu yg terbaik utk mendidik anak2...x de niat langsung utk mendera,,,,tp anak2 salah ertikan pengorbanan mereka
ReplyDeleteapa la ni budak.. tak tough langsung..kita dlu zaman kecik lebih dari kena rotan..cubit sampai biru..tp sbab cubit sampai biru tu la saya kenal erti kehidupan yg sihat...kenal apa what its right or what is wrong...semoga allah membuka pintu hati ni budak untuk berfikir kearah yg lebih positif..saya sayang mak bapak saya..syukur tuhan...
ReplyDeleteSays setuju tu dulu kita dah lalui semua tu tambahan klau bapa kita seorang tentera, kita sedar semua ibubapa buat terbaik untuk kita.
DeleteBudak2 xtau lg erti susahnya nak cari duit cmne...hdup di luar negara ni kne pndi simpan duit utk survive espsecially bkeluarga...myb tu yg mak pak die marah beno bile ank die mencuri...huhu..
ReplyDeletebangang ke ape budak ni
ReplyDeleteBudak setan
ReplyDeleteingat la dek..syurga korang kat bawah tapak kaki ibu tu..bpk korang penat cari duit.. ingat kos hidup kt overseas tu murah ke dek??..jgn manja sgt..sedar sikit korang.. x kesian ke kalo mak yg susah payah lahirkan korang meringkuk kat penjara?..Ayah yg cari duit utk bagi korang mkn kena tahan kt penjara x kesian ke?.. sy x tau la korang pikir apa..mmg btol sy pernah marah n merajok kt mak bpk sy kalo diaorg marah sy ke pukul sy msa kecik2 dulu, tp tu utk kebaikan sendiri dh besar. Alhamdulillah, sebab diaorg dulu lah sy x buat keje yg entah apa2.. u guys should be thankful..hargai mak bpk tu selagi diaorg masih ada..ada org yg ingin lagi nk peluk kucup mak bpk tu.. Murka Allah terletak di murka mak bpk kita..hati2 dek...jgn sampai mak bpk adik ni x restu hidup korang..binasa la nanti..sedar la dek..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePergi tngk cerita "annakku sazali"adik ammar..bila besar jadi org jahat, anak akan tetap salahkan mak ayah pula kerana x mendidik dan mengajar anak dr kecik.
ReplyDeleteGuys, dia budak umur 12 tahun, dua belas tahun la!!! *facepalm*. Masa mak bapak korang pukul korang time umur mcm die, korang sedar korang salah TIME TU ke or bila dah besar panjang? Xder rasa x puas hati langsung sebab kena pukul? Dem, giler normal zaman kanak2 korang. Judgemental habis. Die jawab apa yang dia rasa, die x tipu pun. And die pun mention nak peluk ibu bapa die. At least die matang gak untuk tau undang2 situ akan penjarakan mak bapak die, and they did a very good job dengan tidak mengajar anak2 diorang menipu. Ye, aku kesian kat diorang, pukul mmg aku percaya perlu, and aku berharap anak2 die pusing la sikit cerita tu, tapi budak tu x reti menipu, ada Islam ajar suh anak2 menipu? and the way korang hentam die mcm anak dajjal, perghhhh, budak 12 tahun tu, mcm dah 18 tahun korang expect die.
ReplyDeleteSetuju dengan Izrul... pelik dengan kebanyakan komen di sini dan di laman sosial lain... orang tanya, dan budak tu jawablah... lurus bendul seorang budak umur 12 tahun....nak2 kalau ada teknik psikologi dan provokasi yang digunakan dalam penyoalan, apa lagi...ditambah lagi dengan ayat2 olahan penyedap cerita....perrgghhh.... habis kena tipu instead of berusaha menyelamatkan anak-anak tu (kalau pun tak boleh nak selamatkan kedua ibubapa mereka kerana terikat dengan undang2 di sana)...
DeletePlease look BEYOND what is written...