Searching...
Tuesday, February 25, 2014
1:39 PM 0

Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis


amy-mastura
Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis | Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mendedahkan kedua-dua anak perempuannya tidak percaya dia merupakan seorang selebriti.
Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43, berkata, anak-anaknya iaitu Adriana, 14 dan Adalia, 9, mentertawakannya apabila dia bercerita tentang penglibatannya dalam industri hiburan sejak awal 1990-an.
“Mereka sebelum ini tidak pernah mengetahui kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon selain tidak pernah menonton atau mendengar lagu-lagu nyanyian saya.
“Apabila saya mendedahkan perkara tersebut kepada mereka, kedua-dua mereka tidak mempercayainya dan menganggap saya hanya berjenaka,” katanya.
Bagaimanapun kata Amy, mereka kini semakin mempercayai kata-kata itu selepas wajahnya banyak muncul dalam drama dan iklan di televisyen.
“Saya kini sedang mengumpul filem lakonan lama saya untuk ditunjukkan kepada mereka tetapi bukan semua, yang terpilih sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Amy berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada sesetengah pihak menganggapnya seorang selebriti selekeh dan tidak tahu menjaga penampilan diri ketika berada di khalayak.
Jelas Amy, sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi lagi dia lebih gemar dengan imej santai jika tidak menghadiri sebarang acara atau pertunjukan pentas.
“Kalau keluar rumah saya seorang yang ringkas dan lebih selesa mengayakan baju T dan jean. Tak tahu pula imej macam tu selekeh?
“Jika ada yang berpendapat saya begitu tidak mengapa kerana saya juga manusia biasa seperti orang lain,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment