Searching...
Wednesday, February 26, 2014
12:00 AM 0

Rumah Pegawai Polis DiRompak



KOTA BHARU – Seorang pegawai polis wanita kerugian hampir RM 6,000 selepas selepas komputer riba, telefon bimbit, kamera digital dan empat utas gelang emas miliknya hilang dalam kejadian di Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab di sini kelmarin.

Kejadian disedari, pegawai berpangkat Inspektor berusia 34 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada jam 6 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Idris berkata, suspek memasuki rumah mangsa dengan mengumpil mangga dan menanggalkan tombol pintu ketika mangsa berada di tempat kerja.

“Rumah mangsa tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang melihat kejadian itu. Polis kini mengesan suspek berdasarkan kesan cap jari yang ditemui di cermin almari solek di rumah mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment