Searching...
Monday, February 24, 2014
2:22 PM 0

Fauzi Nawawi sindir Sharnaaz Ahmad

Krisis antara Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan Lisdawati menjadi bualan hangat hari ini selepas berita mengenainya didedahkan oleh akhbar Harian Metro. Selain menghubungi Sharnaaz, MBS juga mendapatkan komen daripada Fauzi Nawawi.

Menurut suami kepada Lisdawati ini, semuanya bermula di set penggambaran drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

"Saya sendiri tak tau apa yang terjadi di lokasi yang melibatkan Sharnaaz dan isteri saya. Tetapi menurut Lisda, salah faham berlaku apabila pelakon-pelakon menghilangkan tekanan dengan mengetawakan mereka yang tersalah dialog pada hari terbabit.







Kemudian Sharnaaz tiba-tiba melenting, lalu menengking isteri saya. Untuk menjernihkan keadaan, saya menghubungi Sharnaaz namun tiada respon. Saya menghantar SMS kepadanya dan dibalas dengan ayat berbaur gengster. Tujuan saya hanya untuk mendapatkan penjelasan Sharnaaz di atas tindakannya, bukan untuk mencari pasal,” ujar Fauzi.

Tambah Fauzi lagi, keadaan bertambah panas apabila Sharnaaz terus menengking Lisda sebaik sahaja Lisda sampai ke lokasi drama bersiri tersebut pada keesokan harinya.



“Beberapa orang krew produksi cuba menenangkan Sharnaaz, namun mereka telah ditolak oleh Sharnaaz. Mujur Lisda belum sempat keluar dari kereta dan sempat beredar dari situ. Saya tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya isteri saya telah keluar dari kereta pada ketika itu,” katanya.

Bagi menjamin keselamatan keluarganya, Fauzi telah membuat laporan polis berhubung perkara ini kerana bimbangkan keselamatan Lisdawati. 

“Isteri saya sedang hamil lima bulan dan perkara ini memberi tekanan kepadanya. Selepas insiden itu dia mengalami tekanan darah tinggi. Saya bimbang ia akan menjejaskan kesihatannya dan juga bayi dalam kandungan. Bagi saya, kalau ingin menjadi pejuang, lebih baik dia (Sharnaaz) masuk pasukan pertahanan di Lahad Datu bagi mempertahankan negara dan agama, bukan buat macam ini,” sindir Fauzi mengakhiri bicara.

0 comments:

Post a Comment