Berpantang maut sebelum ajal. Rasanya peribahasa tersebut sangat sesuai digunakan merujuk kepada keadaan dua selebriti wanita yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Jika lima hari yang lalu, penyanyi kecil molek, Ainan Tasneem cedera ringan akibat kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang, Juliana Evans juga turut mengalami pengalaman cemas tersebut.
Bezanya, kejadian yang menimpa Juliana pada 22 Februari lalu terjadi di Amerika Syarikat memandangkan pelakon berdarah kacukan itu kini sedang menyambung pelajaran di sana.
Menerusi laman Instagram, Juliana memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan keretanya yang remuk di bahagian hadapan dan belakang.
Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk melanggar lampu merah dan merempuh kereta dipandu Juliana.
Dalam masa yang sama, Juliana seperti berang apabila terdapat seorang pengikutnya di laman sosial tersebut melabel dirinya sebagai wanita yang tidak memandu dengan berhemah.
Namun, Juliana bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan parah kecuali berlaku sedikit pendarahan di telinga akibat terkena beg udara dan beberapa kesan lebam di badan.
Difahamkan lelaki yang melanggarnya telah ditangkap dan Juliana turut berhasrat untuk menyaman individu yang tidak bertanggungjawab itu.
0 comments:
Post a Comment