Searching...
Sunday, February 23, 2014
3:02 AM 0

VIDEO: Nyanyian Shila Amzah Yang Memukau Jutaan Penonton China!



BERMULA dengan kejuaraannya melalui pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah kini dilihat semakin ‘garang’ dalam melebarkan sayapnya ke China.

Terbaru, dia kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti di negara itu, ‘I AM SINGER’ musim kedua yang turut disertai oleh nama-nama besar termasuklah penyanyi dari Hong Kong, G.E.M yang merupakan penyanyi nombor satu di sana.


Salah satu video persembahan Shila sewaktu pertandingan tersebut kini sedar ‘viral’ di laman YouTube dengan jumlah tontonan sudah mencecah hampir 500,000 kali walaupun baru dua hari dimuatnaik.

Melihat pada reaksi penonton, ternyata mereka begitu kagum dan menghayati bait-bait lagu Mandarin yang disampaikan oleh Shila.

Setakat ini, penyanyi itu masih lagi bertahan walaupun dua lagi penyanyi Malaysia iaitu Gary Chaw dan Victor Wong sudah tersingkir pada episod sebelum ini.

Apa pun, kami doakan agar Shila dapat melangkah hingga ke pusingan akhir dalam program ini melalui undian penonton.

Jom saksikan persembahannya yang cukup bertenaga dan memukau ini!

0 comments:

Post a Comment