Searching...
Friday, February 28, 2014
1:04 AM 0

ISU :Shahrol Shiro Dedah Punca Pergaduhan Dengan Jep Sepahtu

Mbs nak kongsi kenyataan dari shahrol Shiro tentang punca pergaduhan dia dengan Jep sepahtu.


Difahamkan melalui blog Perihal Negara hari ini, Shahrol Shiro akhirnya mendedahkan punca sebenar pergaduhan dengan Jep Sepahtu.

Sebelumnya hubungan kami agak rapat... tapi.. mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,”...

 Shahrol Shiro Dedah Punca Sebenar Pergaduhan Dengan Jep Sepahtu, pelawak, pelakon, hiburan, info, gossip, kontroversi

Mai Baca Sat....

Mencari rezeki adalah matlamat utamanya menceburi dunia seni. Pun begitu, mahu atau tidak, Shahrol Azizie Azmi, 31, atau Shahrol Shiro, kini terpaksa berdepan hakikat berdepan kontroversi. Masih baru bertapak mencipta nama, dia sudah terbabit dalam perang dingin dengan Jep Sepahtu.

Isu yang bermula sejak Maharaja Lawak Mega 2013 dan berlarutan sehingga memberikan tekanan buat artis kelahiran Kluang, Johor ini. Seboleh mungkin dia ingin menjernihkan keadaan kerana mahu fokus pada kariernya yang semakin berkembang.

INI KENYATAAN SHAROL SHIRO:


“Sebenarnya isu dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar-besarkan sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.

“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM 2013 mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM, saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu

“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” katanya kepada RAP -Hmetro Online, baru-baru ini.
  

MBS harap mereka Shahrol dan Jep akan saling memaafkan , dan singkirkan segala perbezaan peribadi masing-masing...yang penting persahabatan itu harus di utamakan...MBS mendoakan agar mereka akan berdamai...

-peace Yoh-


Sumber : perihalnegara.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment