Searching...
Monday, February 24, 2014
11:33 PM 0

‘SAYA TAK BODOH NAK PUKUL WANITA HAMIL’ – SHARNAAZ AHMAD


Nampaknya kontroversi membabitkan pelakon Sharnaaz AhmadNisdawati dan Fauzi Nawawi seperti belum reda. Semalam, dunia hiburan kecoh dengan dakwaan aktres Nisdawati yang mendakwa Sharnaaz telah dua kali menyerangnya di lokasi penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

 Fauzi Nawawi, featured, nisdawati, penjelasan sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad, kontroversi, hiburan, info, artis

Selain itu, suami Nisdawati, Fauzi Nawawi pula terima SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz. Berikutan insiden itu, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pasangan suami isteri itu ada menceritakan apa yang berlaku kepada beberapa sumber media. Anda boleh baca lanjut disini: SUDAH BUAT LAPORAN POLIS – NISDAWATI DAN FAUZI NAWAWI JELAS ISU DISERANG SHARNAAZ

Bagaimanapun menerusi laporan portal Murai dan mStar Online, Sharnaaz akui dakwaan Lisdawati itu adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan. Malah, Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.

“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita. Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah. Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu,” katanya kepada portal berkenaan.

Sharnaaz yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan itu mendakwa apa yang diceritakan oleh pasangan suami isteri tentang isu tersebut hanyalah luaran sahaja mengenainya.

“Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap… cakaplah. Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah… bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua,” katanya

“Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada. Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar. “Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis,” ujarnya dalam nada tegas.


Sumber : ammboi.com

0 comments:

Post a Comment