Searching...
Wednesday, February 26, 2014
2:12 PM 0

Lisdawati , Fauzi Gelar Sharnaaz Anjing Kurap dan Libatkan Ibu

 Susulan kejadian perbalahan antara tiga pelakon, Lisdawati, Sharnaaz Ahmad dan Fauzi Nawawi, pelakon utama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang memegang watak Jebat ini telah tampil memberi kenyataan kepada akhbar Harian Metro.

Lisdawati, Fauzi Gelar Sharnaaz Pondan, Anjing Kurap Libatkan Ibu

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh Harian Metro, Sharnaaz menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan mengaku menengking aktres yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi secara tidak sengaja.

Malah pelakon lelaki itu mendakwa Lisdawati telah mencanang keburukannya yang lalu termasuk mengaitkan nama bekas kekasihnya, Shila Amzah sepanjang empat bulan mereka menjalani penggambaran. 

Sapelah tak marah, kalau asyik-asyik nak kaitkan dengan kekasih lama......

Kemuncak kesabaran Sharnaaz akhirnya tercabar apabila Lisdawati memanggil dirinya dengan perkataan pondan sewaktu mereka sedang merakam salah satu babak dalam drama tersebut. 

Kalau MBS ditempat Sharnaaz, tahap kesabaran pun boleh tercabar..

Berang dengan tuduhan itu, beliau kemudiannya meninggikan suara kepada Lisdawati sambil berkata ‘Diamlah Kakak!’

Berikutan itu, Sharnaaz mendedahkan Fauzi meninggalkan pesanan menerusi SMS dua hari kemudian meminta penjelasan namun suami kepada Lisdawati itu telah membabitkan ibu Sharnaaz di dalam hal ini selain memanggil pelakon itu dengan gelaran anjing kurap.


Menerusi video yang sama juga, Sharnaaz telah memohon maaf kepada pasangan itu namun dia bertegas mahu Lisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf kepada ibunya secara peribadi atau berdepan saman maksima.

Sharnaaz tetap mahu pasangan itu tampil meminta maaf, apatah lagi perkara ini turut melibatkan ibunya.

Jom dengar penjelasan daripada pihak Sharnaaz di bawah ini.
Boleh ko Fauzi mintak maaf dengan aku?, apa ko cakap aku anjing, ko cakap kat mak aku, boleh?

Tapi satu syarat, gua nak lu personally cakap kat mak gua boleh? 

Kalau tak gua saman lu malu maksimum, gua tak nak tawww apa macam lu mau bayar… boleh?

Gua penting family gua… lu boleh pukul gua sebulan dua bulan baik oh itu luka… tapi lu rosakkan wa punya family punya hati ah..

SAMPAI MATI WA INGAT AH… EMM JANGAN SENTUH WA PUNYA FAMILY!
 

0 comments:

Post a Comment