Nama Nora Danish sememangnya hangat dibicarakan semenjak dirinya berkawan dengan Nedim Nazri. Ramai yang mahu melihat “sweet couple” ini mendirikan rumahtangga sehingga gosip mengenai pembelian barang hantaran bertebaran baru-baru ini. Seperti biasa Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya masih tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Namun apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah impian Nora untuk bersanding di tepi pantai Balisekiranya berkahwin buat kali kedua. Menarik sungguh!!! Berkata kepada MalaysianDigest, Nora memaklumkan yang dia sudah lama mengimpikan perkahwinan bertemakan “beach wedding”. Kata Nora:-
Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah diKuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap
Kalau impian Nora Danish ini menjadi kenyatan, pasti sangat menarik dan marvelous. Yang penting duit barang hantaran bolehlah disalurkan untuk menjadikan “beach wedding” tersebut sebuah majlis yang besar-besaran. Abang Nara dapat bayangkan kejelitaan Nora dengan bunyi desiran ombak. Klasik sangat!!! Semoga impian Nora ini akan menjadi realiti. Sama-samalah kita doakan.
sumber:beautifulnara.com
0 comments:
Post a Comment