Searching...
Tuesday, February 25, 2014
5:37 AM 0

Fathia Dedah Dirasuk dan Lebam ??

Fathia Dedah Dirasuk dan Lebam Badan Di Pementasan Teater Bidasari SYOKBAH Fathia Dedah Dirasuk dan Lebam Badan Di Pementasan Teater Bidasari

Fathia Dedah Dirasuk dan Lebam Badan Di Pementasan Teater Bidasari - Lebih kurang seminggu yang lepas, peminat Nur Fathia Latiff digemparkan dengan berita mengenai pelakon jelita tersebut dirasuk sewaktu sedang membuat persembahan teater di Istana Budaya.

Selain kelihatan kurang bermaya dan jatuh pengsan pada malam kejadian, beberapa pekerja produksi juga mendakwa melihat seorang wanita menyerupai Fathia sedangkan pelakon itu sudahpun pulang ke rumah.
Ditanya mengenai kesahihan peristiwa misteri itu, Fathia yang ditemui di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu bagaimanapun tidak dapat mengulas panjang kerana dia sendiri tidak sedar dengan apa yang berlaku.
Fathia bergandingan dengan Aiman Hakim dalam Bidasari
Saya tak tahu apa yang berlaku. Masa saya sedar dari pengsan, saya nampak dua orang ustaz. Saya tak pasti saya dirasuk atau apa tapi kawan-kawan cakap mereka nampak saya di belakang pentas dan macam-macam lagi perkara mistik berlaku.
Tapi apa yang pasti badan saya habis lebam-lebam kebiruan. Nak kata kesan akibat lakonan di dalam teater tu mustahil sebab Kak Engku tak pukul saya betul-betul pun. Dia cuma letakkan kaki di atas badan saya, tu pun tak kuat dan tak sakit.
Biarpun berat badannya susut sebanyak 3 kilogram, namun Fathia memberitahu kesihatannya kini semakin pulih dan tiada lagi perkara pelik berlaku selepas teater bangsawan berjudul Bidasari itu melabuhkan tirai pada 17 Februari lalu.
Meskipun begitu, nama Fathia kini terpalit pula dengan kontroversi yang mengatakan dirinya mempunyai masalah disiplin dan semakin besar kepala.
Menurut teman wanita Aiman Hakim Redza ini, setiap pelakon pastinya pernah membuat kesilapan dan jalan terbaik bagi menyelesaikannya adalah dengan memperbaiki kelemahan diri.
Benda ni kena diatasi dengan tenang walaupun kadang-kadang gosip yang disampaikan tidak sama dengan cerita sebenar. Bila jadi macam ni, kita cuba untuk jadi orang yang lebih baik. Soal kerja pula, saya jenis suka buat yang terbaik, kalau saya tak puas hati dengan sesuatu babak tu, saya akan minta untuk buat beberapa kali demi kepuasan penonton yang akan menyaksikannya nanti.
Beralih kepada kejayaan yang dirangkulnya di DFKL sebagai Pelakon Wanita Pilihan, Fathia menyifatkan anugerah tersebut merupakan simbolik sokongan peminat yang sentiasa manghargai bakatnya selama ini.
Sebenarnya saya tak sangka saya akan menang sebab Zara Zya dan Nad Zainal merupakan pesaing yang hebat. Tapi saya bersyukur kerana peminat seperti nampak yang saya wujud di dalam industri ini sebelum drama Ariana Rose muncul lagi.
Untuk pengetahuan anda, Fathia memperoleh dua pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Pilihan menerusi drama Diandra dan Dalam Setiap Sujud namun ternyata peminat lebih menggemari wataknya sebagai Diandra. – sumber

0 comments:

Post a Comment