Searching...
Monday, February 24, 2014
12:43 AM 0

Demi PBS Anak Cikgu Turut Dibawa Bersama Di Stor



Dewasa ini, ramai golongan pendidik yang merungut bahawa Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membebankan tugas guru.

Dari segi lain, ia dikatakan turut menyusahkan apabila terdapat isu berkaitan teknologi maklumat iaitu masalah ‘connectivity’ dan ‘accessibility’.

Bagi menyiapkan fail PBS yang perlu dilakukan di luar waktu kerja pula, ia membuatkan ada guru yang bergurau sesama sendiri menyatakan pekerjaan mereka kini adalah kerani dan penjaga stor.


Bagi guru wanita, ada yang terpaksa membawa anak ketika melakukan tugasan berkenaan kerana tiada pengasuh selepas waktu pejabat.



Lihatlah gambar-gambar yang dikongsikan di laman siber ini, tak hairanlah ada yang sempat menjadikannya bahan lawak dengan berkata, tak mustahil ada guru Malaysia yang mati dihempap fail kalau begini keadaannya!


Apa pun, golongan guru diminta bersabar banyak-banyak kerana Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, sudah memberi jaminan bahawa PBS bentuk baharu yang akan meringankan beban tugas guru di sekolah kini sedang melalui proses kajian serta penambahbaikan dan dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi.


REM RAMZI

Sumber: buletin-terkini-online.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment