Di pasaran, terdapat banyak produk dan ubat-ubat yang dijual menggunakan sistem MLM pada harga yang sangat tinggi.
Ia dikatakan mujarab untuk merawat pelbagai penyakit yang kadangkala bukan satu jenis, tapi lebih daripada sepuluh sakit dikatakan boleh hilang hanya dengan mengambil ubat berkenaan.
Bagaimanapun, penulis tidak bermaksud mahu mempertikaikan kemujaraban ubat dan produk MLM di pasaran.
Cuma dalam pada begitu ghairah hendak mencari ‘downline’ dan menjual barang, diharapkan janganlah sampai mengambil kesempatan pada orang lain seperti dikongsikan status di atas.
Bayangkan, apa perasaannya apabila orang yang sedang sakit tiba-tiba diminta membayar atau membeli produk yang dipromosikan hingga mengganggu privasi dan menjengkelkan mereka.
Kalau kita pun tentu tidak suka bukan? Fikir-fikirkan. - REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment