Searching...
Tuesday, March 11, 2014
3:11 PM 0

Mila Jirin: Kapten Zaharie Seorang Yang Pemurah Hati



Penyanyi Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5) mengakui bahawa Kapten Zaharie bin Ahmad Shah yang dikenali menerusi kelab peminatnya iaitu Kelab The Voice Of Mila adalah seorang yang tidak banyak bercakap tetapi sangat pemurah hati.

"Dia memang tidak lokek keluar duit untuk belanja kitaorang semua. Malah, dia juga ada hadiahkan saya dengan sebuah cermin besar berbentuk bujur sireh.

"Cermin tu besar sangat dan ia membuatkan Mila tertanya-tanya kenapa dia hadiahkan saya dengan cermin itu. Tapi, katanya cermin itu adalah refleksi kepada diri kita sendiri," kata Mila kepada ARTISMELETOP.

Kapten Zaharie adalah juruterbang MAS yang dilaporkan hilang bersama pesawat #MH370, penumpang serta anak-anak kapal di perairan Vietnam sejak Sabtu lalu sewaktu dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Menurut Mila lagi, dia juga pernah bergurau dengan Kapten Zaharie dengan pertanyaan, bilalah mereka akan berpeluang untuk menaiki kapal terbang yang sama.





"Tapi kata abang Zaharie, dia hanya mengendalikan penerbangan antarabangsa saja," kata Mila lagi.

Jelas Mila lagi, biarpun tidak begitu banyak bercakap, namun apabila sesekali bersuara, kata-kata yang terpacul dari mulut Kapten Zaharie memang penuh dengan motivasi.

"Dia suka bercakap tentang soal kerjaya serta masa depan. keperibadiannya memang macam seorang ayah-ayah dan kebetulan umurnya juga sama seperti ayah saya.

"Dia juga seorang yang pandai memasak. Dia selalu ajak kami semua datang makan di rumah dia. Pernah satu hari tu, dia masak kari kepala ikan. Memang sedap dan dia pun orang Penang macam Mila jugak.

"Tapi, masa tu, Mila tak pernah berpeluang jumpa isteri dan anaknya sebab mereka tiada di Kuala Lumpur. Kalau tak silap Mila, isterinya menemankan anak mereka belajar di Australia. Mungkin, sekarang ini, isterinya sudah pun pulang ke tanah air," katanya,

Jelas Mila lagi, ketika ini dia sentiasa tidak putus-putus mendoakan agar operasi mencari dan menyelamatkan pesawat #MH370 akan ditemui.

Dalam perkembangan lain, Mila Jirin juga bakal muncul dengan single lagu solo dan duet yang terbaru.






SUMBER:artismeletop

3:07 PM 0

Dugaan pengantin baru Syamsul-Sarah



Selamat bergelar suami isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana yang melangsungkan pernikahannya pagi semalam. Sehingga detik akhir melangkah gerbang perkahwinan, pasangan ini terus berdepan dugaan dan ujian Allah.

Tidak sampai seminggu sebelum disatukan, Syamsul dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana demam dan disahkan menghidap denggi.


Sehingga petang kelmarin, Syamsul masih ditahan di wad tetapi majlis pernikahannya tetap diteruskan sebagaimana dirancang atas permintaan Syamsul, jam 10 pagi semalam.

Selesai nikah, Syamsul kembali mendapat rawatan dan majlis resepsi pengantin perempuan pada sebelah malamnya ditunda pada akhir bulan ini. Puteri Sarah turut berkongsi gambar majlis berinai yang berlangsung Khamis lalu di laman sosial Facebook (FB).


Minggu lalu juga, penyanyi Min Yasmin, 25, dan komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, berkongsi berita gembira di FB apabila permohonan untuk melangsungkan pernikahan pada awal bulan depan diluluskan, Khamis lalu. Mereka juga menghadiri kursus kahwin tahun lalu dan berharap segala perancangan pernikahan berjalan lancar. Kata Min, mereka akan disatukan pada 4 April depan di Masjid Kota Damansara, diikuti majlis resepsi sebelah pihaknya pada 5 April. “Ikut perancangan, majlis resepsi sebelah lelaki pada 6 April kerana mahu langsungkan majlis tiga hari berturut-turut, tetapi terpaksa ditunda kepada 13 April untuk memberi laluan kepada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH2013 (ABPBH2013),” katanya.


Mengenai persiapan, kata Min, segala-galanya berjalan lancar. Ibunya mahu lakukan sendiri untuk anak perempuan sulungnya dan lebih mengharukan Min kerana keluarganya teruja menanti hari bahagianya.

“Min bukan saja anak sulung daripada empat beradik perempuan, malah cucu perempuan pertama. Datuk dan nenek tidak sabar-sabar menyaksikan cucu sulung mereka kahwin,” katanya.
3:03 PM 0

LAGI SPEKULASI : MH370 berjaya dikesan – Tentera Malaysia


tentera-
Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.
Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.
“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.
Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/
Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.
Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia, lapor The Malaysian Insider.
3:00 PM 0

#MH370: GAMBAR PALSU PESAWAT MH370 BERJAYA DISELAMATKAN DARI PENGGANAS


Gambar palsu tersebar ketika ini menunjukkan pihak keselamatan 
berjaya menyelamatkan pesawat MH370 daripada pengganas.

Gambar tersebut seakan benar-benar terjadi berikutan logo pada pesawat Air 
Macau telahdiganti dengan logo Malaysia Airlines. Malah, logo BBC juga 
turut diletak mungkin mahu menunjukkan kredibiliti gambar tersebut.

Perbuatan media negara itu sememangnya amat tidak bertanggungjawab. 
Mungkin ada baiknya rakyat Malaysia menyelidik beberapa kali terlebih 
dahulu berita-berita yang datangnya dari negara Vietnam. 

Kebanyakan berita mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan oleh media 
negara itu hanya disensasikan sahaja. sumber
Thursday, March 6, 2014
6:12 AM 0

GEMPAR: Berus Besi Dalam Telur Goreng

Beginilah keadaan dawai berus periuk yang ditemui Muhammad Azri dalam telur goreng.


HUHU...kalau macam ne keadaannya ..Tak Jadi nak makan luar..Baik makan je kat rumah...

Jom baca artikel dari Muhammad Azri: 

MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.

“Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya.

Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya  dan  dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.


Sumber sinarharian
5:27 AM 0

ISU SEMASA: Biarkan Orang Gaji Mati Kebuluran, Suami Isteri Digantung Sampai Mati!




Apa nak jadi ne sampai nak biarkan orang gaji kebulur...huhu..hah sekarang terima lah balasan yang setimpal..

Jom layan artikel dari siakapkeli.com di bawa :


SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.

Hakim, Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen,56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90,Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.

“Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.

“Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukumangantung sampai mati,” katanya.

Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.

Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.

Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak Disember 2008. – BERNAMA
5:05 AM 0

Perbicaraan Sweden: Anak- Anak Saya Bohong Terang-Terangan, Dakwa Shalwati




Jom baca kes perbicaraan Sweden:  


STOCKHOLM – Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya, membuka aib keluarga di mahkamah kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk berbohong tetapi memang berniat untuk berbuat demikian.

Shalwati Nurshal menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan berkata semua insiden yang dibangkitkan oleh anak-anaknya semasa temu bual bersama polis adalah disebabkan kekeliruan, sikap keterlaluan dalam beberapa kes dan pembohongan secara terang-terangan.

Ketika ditanya peguam Johan Kallus, yang mewakili kanak-kanak tersebut, sekiranya semua insiden tersebut adalah bohong, Shalwati mengakui hujah-hujah itu adalah berdasarkan kisah benar tetapi anak-anaknya memperbesarkan cerita dengan menggunakan perkataan keganasan.

Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

Shalwati mendedahkan anak keduanya, Ammar, merupakan seorang yang sukakan perhatian dan kecewa kerana rakan-rakannya disekolah cenderung untuk meminggirkannya.

“Ammar tidak matang, dia fikir boleh jadi popular, terkenal, jika dia memberitahu rakan-rakannya dia dipukul di rumah.

“Apa lagi yang anda perlukan,” kata Shalwati, sambil menitiskan air matanya.

Ibu kepada empat orang anak itu turut mengulas bagaimana anak bongsunya, Ariff, tidak menyebut perkataan dipukul ketika sesi temu bual pertama dengan polis tetapi mengubah ceritanya dalam satu temu bual beberapa minggu kemudian.

“Dia mengagumi Ammar dan dipengaruhi oleh abang-abangnya. Lakaran rotan yang dilukisnya untuk polis adalah sesuatu yang sempurna, yang digunakan untuk memukul belakang Ammar ketika di Afrika Selatan,” kata Shalwati.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre bertanya jika anak sulungnya, Aishah mempunyai kapasiti untuk berbohong, memperlihatkan keluhan panjang daripada wanita itu.

Shalwati berkata Aishah mempunyai kecenderungan untuk berbohong bagi menutup perkara yang memalukannya sama seperti bagaimana Aishah berbohong mengenai tindakan dia mencuri coklat ketika dia cuba berdiet, dua tahun lalu.

Mengenai anak ketiganya, Adam, Shalwati berkata, dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi keliru apabila disoal kerana dia mempunyai masalah pemahaman.

“Dalam temu bual itu, dia kelihatan keliru, dia tidak boleh mengingat tarikh dan menyebabkan pegawai-pegawai itu salah faham. Ia amat menyedihkan sebenarnya,” kata Shalwati.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di Spånga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan disambung pada 10 Mac ini.



sumber: siakapkeli.com