Searching...
Wednesday, March 5, 2014
1:48 PM 0

ISU PANAS: Isu Rampas Suami Orang, Hanez Suraya Tidak Takut 'Balasan'

Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya membuat pengakuan bahawa tidak takut pada balasan merampas suami orang kerana percaya dia di pihak yang benar..Betul ker??
Jom baca artikel ne:
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.
Kenyataan Hanez Suraya:
"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.
"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.
Hanez (kiri) berkata sesuatu dengan peguamnya ketika mengadakan sidang media di sebuah hotel pada Rabu.
Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada petang Rabu.
Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie, Nurliyana Abd Manan membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Pada sidang media yang dianjurkan Hanez, dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Romie Razin Adilh




sumber:mstar online


0 comments:

Post a Comment