Searching...
Saturday, March 1, 2014
6:30 AM 0

Kump. Radikal Syria Muat Naik Gambar Potong Tangan



Syria – Sekumpulan lelaki dipercayai dari Syria telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bagaimana mereka memotong tangan seorang lelaki di dalam Twitter.

Imej menakutkan dan mengejutkan ramai itu bagaimanapun telah dipadamkan dari Twitter manakala pemegang akaun berkenaan pula telah digantung daripada laman media sosial itu.

MBS tak sanggup tengok hukuman seperti ne...huhu..berilah peluang pada pesalah tu...mana tau dia akan berubah..apa-apa pun mai baca sat...

Kejadian itu berlaku di bandar Maskanah, berhampiran Aleppo.

Kumpulan itu, yang mendakwa diri sebagai ISIS (Islamist State in Iraq and Syria ) mendakwa lelaki yang dipotong tangan itu adalah pencuri.


Salah seorang ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi, merupakan individu yang paling dikehendaki oleh kerajaan Iraq selepas beberapa siri serangan yang berlaku di Baghdad.

Kumpulan itu turut menentang Amerika Syarikat ketika penghujung perang Iraq pada 2011.

Ia juga menjadi kumpulan utama menentang rejim Bashar Assad di Syria serta dikategorikan sebagai kumpulan paling radikal di negara berkenaan.


Sungguh ngeri...harap ini tak berlaku di Malaysia...bersyukurlah kita hidup di negara kita Malaysia yang aman dan sentosa.....

-peace yoh-



sumber: siakapkeli.com

0 comments:

Post a Comment