Searching...
Tuesday, March 4, 2014
3:26 AM 0

Jijik Apabila Pekerja Kencing Di Sinki Pizza Hut Terakam


Sungguh menjijikkan apabila terakamnya satu video seorang pekerja Pizza hut kencing di sinki restoran tersebut. Disebabkan oleh kejadian ini sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo CountyWest Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Jijik Apabia Pekerja Kencing Di Sinki Pizza Hut Terakam
Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.
Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.
Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.
Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.

0 comments:

Post a Comment