MBS nak ucapakan tahniah kepada Syamsul Yusof dan juga keluarga ..Family mereka da announce kad jemputan akan di edarkan dua minggu yang lagi..Pasti meriah...SELAMAT PENGANTIN BARU..Jom baca artikel dari mstar online..
PETALING JAYA: Persiapan majlis resepsi anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq yang akan dilakukan secara serentak pada 18 April depan berjalan lancar dan hampir selesai.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, kad undangan akan mula diedarkan dalam tempoh dua minggu lagi.
"Alhamdulillah semuanya persiapan berjalan dengan lancar, tinggal beberapa perkara sahaja termasuk kad undangan yang masih belum siap lagi.
"Kad jemputan ditempah di Jakarta, Indonesia dan belum lagi sampai, Insya-Allah lagi dua minggu kita akan edarkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Fatimah, majlis menyambut tetamu akan diadakan secara sederhana di Dewan Perdana Felda dengan bertemakan putih dan merah jambu dengan busana rekaan Alia Bustamam.
Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada sebelah selepas akad nikah pada 8 Mac ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan IslamicArabian Night.
"Semasa hari pernikahan dan majlis resepsi pengantin perempuan nanti Syamsul hanya pakai jubah kerana dia yang minta untuk pakai pakaian itu.
"Manakala majlis menyambut menantu pula bertemakan warna putih dan merah jambu," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang penaja, kata Patimah, mereka tidak mengambil mana-mana penaja untuk majlis resepsi tersebut.
sumber:mstar online
|
0 comments:
Post a Comment