Searching...
Monday, March 3, 2014
3:16 AM 0

VIDEO: Teksi Rempuh Kereta Belakang Laju-laju


Sebuah teksi di Singapura, dirakam diundur oleh pemandunya dengan laju lalu menghentam kereta belakang sekitar jam 7.57 pagi semalam.

Selepas insiden berlaku, orang ramai mula menerjah tempat kejadian dan memeriksa kereta yang menjadi mangsa kerosakan.

Teksi yang terbabit bagaimanapun kelihatan beredar sejurus selepas melanggar namun tidak dapat dipastikan jika pemandunya turun untuk bertanggung jawab.

Dipercayai, kejadian sebegini berlaku disebabkan pemandu tersilap menekan pedal minyak terlalu kuat ketika kereta dalam keadaan gear undur.

Mujurlah, tiada sebarang kecederaan berlaku namun kejadian sebegini harus diambil perhatian.

Hal ini kerana, kesilapan tersilap menekan pedal minyak hingga kereta meluru dan merempuh sesuatu bukan sahaja boleh membawa kepada kemusnahan kenderaan dan premis tetapi juga meragut nyawa.

0 comments:

Post a Comment