Searching...
Monday, March 3, 2014
6:51 AM 0

6 GAMBAR: Polis Trafik Pengiring Di Langgar Grand Livina

Sedihnya MBS mendengar anggota trafik terlibat dalam kemalangan..JOM layan cerita dari Blog Kezoom.com

 Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di kilometer 13 Jalan Pontian-Kukup, semalam.

6 Gambar Polis Trafik Pengiring Di Langgar Grand Livina

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, anggota terbabit, Konstabel Mohd Sazatul Nazril Salim, 23, dalam tugasan mengiringi Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar dalam perjalanan pulang dari Pulau Kukup selepas merasmikan Hari Sambutan Tanah Lembap Sedunia.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian.

“Sebuah kenderaan jenis MPV Grand Livina yang datang dari arah bertentangan cuba memotong di garisan berkembar bertembung dengan anggota polis trafik terbabit.

“Difahamkan, anggota polis trafik terbabit sudah membunyikan siren mengarahkan semua kenderaan memberi laluan dan bergerak ke tepi,” katanya.


Katanya, sebaik menyedari kejadian itu, Tunku Jalil turut membantu mangsa dan mengiringi ke Hospital Pontian.

"Anggota terbabit dilaporkan patah paha kanan selain cedera di bahagian siku kanan. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

“Polis telah menahan pemandu MPV yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 keramemandu secara merbahaya.

“Keluarga anggota terbabit yang kini berada di Terengganu sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut,” katanya.






sumber: Kezoom.com

0 comments:

Post a Comment