Searching...
Saturday, March 1, 2014
7:22 AM 0

Gambar :Telatah Comel Anak Que Haidar dan Linda Jasmine



MBS rasa lama betul tak dengar cerita mengenai aktor, Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine. Yelah, selepas kali terakhir dia berlakon dalam filem Rock Oo, MBS rasa kemunculannya dalam industri sudah pun semakin pudar.

Tapi, MBS tetap mengikuti Que di laman sosia l Twitter. Que banyak juga berkongsi aktiviti-aktiviti terkininya menerusi foto yang dimuat naik dalam laman sosial itu.

Paling menarik perhatian MBS, apabila seronok melihat wajah dan keletah 2 anaknya iaitu Tengku Ratu Haidar, 5, dan Tengku Cleopatra yang kini berusia 3 tahun di dalam foto yang dimuat naik.

Keletah dan gelagat anak dara mereka sangat comel apabila semakin membesar. Apa yang pastinya, Ratu, MBS lihat dah mula ikut jejak langkah ibunya apabila mengikuti kelas tarian ballet.

Bukan sahaja pandai menari, malah pandai juga ‘berposing’depan kamera. Ayahnya, pula rajin melayan keletah anak-anak.

MBS doakan agar keluarga ini bahagia bersama lebih-lebih lagi pasangan ini baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 pada 14 Februari lalu.




sumber: artismeletop

0 comments:

Post a Comment