Semalam, Erra Fazira digosipkan bercinta dengan seorang menteri iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehingga mengundang kejutan di kalangan peminat.
Walaupun Tengku Adnan sudah menafikan mereka ada menjalinkan hubungan cintanamun masih ada peminat yang percaya terhadap gosip yang tersebar itu.
Menerusi laporan myMetro hari ini, Erra Fazira tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit. Katanya, dia tidak kenal pun siapa Ku Nan. Hanya selepas diberitahukan nama sebenar menteri itu, barulah Erra tahu.
Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau."
Semalam hari pertama konsert bermula. Saya dibayar oleh Awie untuk menjayakan persembahan ini. Jadi saya harus menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.”
SUMBER: pelbagaimacam.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment