Pelakon baru iaitu Fatiha da buat kecoh da...sampai Nabila pun turut memberi nasihat kepadanya...Jom Baca kisah sebenarnya yang di ambil daripada blog OHBulan.com.
Sekitar minggu lepas Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur.
Namun ironinya, keesokan hari timbul pula berita kurang enak yang mengatakan pelakon itu tidak berdisiplin dan bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.
Menerusi portal Metro Ahad semalam, Fathia tampil memberi penjelasan dan menafikan hadir lewat ke lokasi penggambaran namun tidak menolak dakwaan berlaku perbalahan dengan produser tersebut.
Segala salah faham dipercayai berlaku apabila Fathia yang mempunyai tiga hari bercuti telah mengajak adiknya untuk bertemu di London.
Memandangkan jadual tidak terlalu padat, saya mengajak adik, Nur Fasiha yang menuntut di Kolej Trinity di Dublin, Ireland datang ke London tetapi sebelum itu sudah pun mendapat kebenaran produksi.Selain Ariana Rose, ada penggambaran dua telefilem dan saya diminta menjayakan salah satu daripadanya bagi menggantikan produser Ziela Jalil.Walaupun dimaklumkan saat akhir, saya tidak kisah kerana ia tidak menganggu jadual. Tak sangka pula penggambaran yang sepatutnya empat hari berlarutan tujuh hari. Kalau tahu dari awal saya tak akan ajak adik datang bertemu saya. Cuti yang sepatutnya tiga hari tinggal sehari saja disebabkan cuaca.
Foto kenangan Fathia bersama adiknya di London
Pertengkaran antara pelakon dan produser itu kemudiannya meletus apabila Fathia enggan melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.
Kalau ikutkan, pada hari terakhir itu pelakon dan kru diberi pelepasan untuk buat aktiviti sendiri tetapi produser bersama, Jalena Rejab minta saya buat promo episod akhir Ariana Rose walhal saya sudah blok waktu itu untuk habiskan bersama adik.Disebabkan saya tolak, berlaku pertelingkahan mulut antara kami. Sepatutnya mereka bertimbang rasa kerana adik saya datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa saya.
Bagaimanapun penjelasan Fathia sama sekali bercanggah dengan kenyataan dari Jalena yang ternyata mempunyai pendapat sendiri mengenai masalah ini.
Namun semalam menerusi laman Instagram, pelakon yang turut menjalani penggambaran di London bersama produksi tersebut, Nabila Huda telah meluahkan pendapatnya dan seakan menempelak kenyataan Fathia.
Menerusi foto keratan akhbar bertajuk Enggan Ditindas, Nabila menegaskan adalah lebih baik pelakon cantik itu meminta maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.
Perkongsian jujur Nabila telah membangkitkan pelbagai tindak balas daripada peminat kedua-dua pelakon itu dan mencetuskan pertengkaran kecil di laman sosial.
Biarpun tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku antara Nabila dan Fathia, sama ada hal peribadi atau sekadar teguran daripada pelakon yang telah lama di dalam industri, namun diharapkan persengketaan ini dapat diselesaikan dengan baik.
sumber: ohbulan.com
0 comments:
Post a Comment