Searching...
Tuesday, March 11, 2014
3:11 PM 0

Mila Jirin: Kapten Zaharie Seorang Yang Pemurah Hati



Penyanyi Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5) mengakui bahawa Kapten Zaharie bin Ahmad Shah yang dikenali menerusi kelab peminatnya iaitu Kelab The Voice Of Mila adalah seorang yang tidak banyak bercakap tetapi sangat pemurah hati.

"Dia memang tidak lokek keluar duit untuk belanja kitaorang semua. Malah, dia juga ada hadiahkan saya dengan sebuah cermin besar berbentuk bujur sireh.

"Cermin tu besar sangat dan ia membuatkan Mila tertanya-tanya kenapa dia hadiahkan saya dengan cermin itu. Tapi, katanya cermin itu adalah refleksi kepada diri kita sendiri," kata Mila kepada ARTISMELETOP.

Kapten Zaharie adalah juruterbang MAS yang dilaporkan hilang bersama pesawat #MH370, penumpang serta anak-anak kapal di perairan Vietnam sejak Sabtu lalu sewaktu dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Menurut Mila lagi, dia juga pernah bergurau dengan Kapten Zaharie dengan pertanyaan, bilalah mereka akan berpeluang untuk menaiki kapal terbang yang sama.





"Tapi kata abang Zaharie, dia hanya mengendalikan penerbangan antarabangsa saja," kata Mila lagi.

Jelas Mila lagi, biarpun tidak begitu banyak bercakap, namun apabila sesekali bersuara, kata-kata yang terpacul dari mulut Kapten Zaharie memang penuh dengan motivasi.

"Dia suka bercakap tentang soal kerjaya serta masa depan. keperibadiannya memang macam seorang ayah-ayah dan kebetulan umurnya juga sama seperti ayah saya.

"Dia juga seorang yang pandai memasak. Dia selalu ajak kami semua datang makan di rumah dia. Pernah satu hari tu, dia masak kari kepala ikan. Memang sedap dan dia pun orang Penang macam Mila jugak.

"Tapi, masa tu, Mila tak pernah berpeluang jumpa isteri dan anaknya sebab mereka tiada di Kuala Lumpur. Kalau tak silap Mila, isterinya menemankan anak mereka belajar di Australia. Mungkin, sekarang ini, isterinya sudah pun pulang ke tanah air," katanya,

Jelas Mila lagi, ketika ini dia sentiasa tidak putus-putus mendoakan agar operasi mencari dan menyelamatkan pesawat #MH370 akan ditemui.

Dalam perkembangan lain, Mila Jirin juga bakal muncul dengan single lagu solo dan duet yang terbaru.






SUMBER:artismeletop

3:07 PM 0

Dugaan pengantin baru Syamsul-Sarah



Selamat bergelar suami isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana yang melangsungkan pernikahannya pagi semalam. Sehingga detik akhir melangkah gerbang perkahwinan, pasangan ini terus berdepan dugaan dan ujian Allah.

Tidak sampai seminggu sebelum disatukan, Syamsul dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana demam dan disahkan menghidap denggi.


Sehingga petang kelmarin, Syamsul masih ditahan di wad tetapi majlis pernikahannya tetap diteruskan sebagaimana dirancang atas permintaan Syamsul, jam 10 pagi semalam.

Selesai nikah, Syamsul kembali mendapat rawatan dan majlis resepsi pengantin perempuan pada sebelah malamnya ditunda pada akhir bulan ini. Puteri Sarah turut berkongsi gambar majlis berinai yang berlangsung Khamis lalu di laman sosial Facebook (FB).


Minggu lalu juga, penyanyi Min Yasmin, 25, dan komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, berkongsi berita gembira di FB apabila permohonan untuk melangsungkan pernikahan pada awal bulan depan diluluskan, Khamis lalu. Mereka juga menghadiri kursus kahwin tahun lalu dan berharap segala perancangan pernikahan berjalan lancar. Kata Min, mereka akan disatukan pada 4 April depan di Masjid Kota Damansara, diikuti majlis resepsi sebelah pihaknya pada 5 April. “Ikut perancangan, majlis resepsi sebelah lelaki pada 6 April kerana mahu langsungkan majlis tiga hari berturut-turut, tetapi terpaksa ditunda kepada 13 April untuk memberi laluan kepada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH2013 (ABPBH2013),” katanya.


Mengenai persiapan, kata Min, segala-galanya berjalan lancar. Ibunya mahu lakukan sendiri untuk anak perempuan sulungnya dan lebih mengharukan Min kerana keluarganya teruja menanti hari bahagianya.

“Min bukan saja anak sulung daripada empat beradik perempuan, malah cucu perempuan pertama. Datuk dan nenek tidak sabar-sabar menyaksikan cucu sulung mereka kahwin,” katanya.
3:03 PM 0

LAGI SPEKULASI : MH370 berjaya dikesan – Tentera Malaysia


tentera-
Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.
Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.
“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.
Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/
Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.
Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia, lapor The Malaysian Insider.
3:00 PM 0

#MH370: GAMBAR PALSU PESAWAT MH370 BERJAYA DISELAMATKAN DARI PENGGANAS


Gambar palsu tersebar ketika ini menunjukkan pihak keselamatan 
berjaya menyelamatkan pesawat MH370 daripada pengganas.

Gambar tersebut seakan benar-benar terjadi berikutan logo pada pesawat Air 
Macau telahdiganti dengan logo Malaysia Airlines. Malah, logo BBC juga 
turut diletak mungkin mahu menunjukkan kredibiliti gambar tersebut.

Perbuatan media negara itu sememangnya amat tidak bertanggungjawab. 
Mungkin ada baiknya rakyat Malaysia menyelidik beberapa kali terlebih 
dahulu berita-berita yang datangnya dari negara Vietnam. 

Kebanyakan berita mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan oleh media 
negara itu hanya disensasikan sahaja. sumber
Thursday, March 6, 2014
6:12 AM 0

GEMPAR: Berus Besi Dalam Telur Goreng

Beginilah keadaan dawai berus periuk yang ditemui Muhammad Azri dalam telur goreng.


HUHU...kalau macam ne keadaannya ..Tak Jadi nak makan luar..Baik makan je kat rumah...

Jom baca artikel dari Muhammad Azri: 

MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.

“Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya.

Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya  dan  dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.


Sumber sinarharian
5:27 AM 0

ISU SEMASA: Biarkan Orang Gaji Mati Kebuluran, Suami Isteri Digantung Sampai Mati!




Apa nak jadi ne sampai nak biarkan orang gaji kebulur...huhu..hah sekarang terima lah balasan yang setimpal..

Jom layan artikel dari siakapkeli.com di bawa :


SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.

Hakim, Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen,56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90,Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.

“Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.

“Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukumangantung sampai mati,” katanya.

Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.

Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.

Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak Disember 2008. – BERNAMA
5:05 AM 0

Perbicaraan Sweden: Anak- Anak Saya Bohong Terang-Terangan, Dakwa Shalwati




Jom baca kes perbicaraan Sweden:  


STOCKHOLM – Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya, membuka aib keluarga di mahkamah kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk berbohong tetapi memang berniat untuk berbuat demikian.

Shalwati Nurshal menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan berkata semua insiden yang dibangkitkan oleh anak-anaknya semasa temu bual bersama polis adalah disebabkan kekeliruan, sikap keterlaluan dalam beberapa kes dan pembohongan secara terang-terangan.

Ketika ditanya peguam Johan Kallus, yang mewakili kanak-kanak tersebut, sekiranya semua insiden tersebut adalah bohong, Shalwati mengakui hujah-hujah itu adalah berdasarkan kisah benar tetapi anak-anaknya memperbesarkan cerita dengan menggunakan perkataan keganasan.

Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

Shalwati mendedahkan anak keduanya, Ammar, merupakan seorang yang sukakan perhatian dan kecewa kerana rakan-rakannya disekolah cenderung untuk meminggirkannya.

“Ammar tidak matang, dia fikir boleh jadi popular, terkenal, jika dia memberitahu rakan-rakannya dia dipukul di rumah.

“Apa lagi yang anda perlukan,” kata Shalwati, sambil menitiskan air matanya.

Ibu kepada empat orang anak itu turut mengulas bagaimana anak bongsunya, Ariff, tidak menyebut perkataan dipukul ketika sesi temu bual pertama dengan polis tetapi mengubah ceritanya dalam satu temu bual beberapa minggu kemudian.

“Dia mengagumi Ammar dan dipengaruhi oleh abang-abangnya. Lakaran rotan yang dilukisnya untuk polis adalah sesuatu yang sempurna, yang digunakan untuk memukul belakang Ammar ketika di Afrika Selatan,” kata Shalwati.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre bertanya jika anak sulungnya, Aishah mempunyai kapasiti untuk berbohong, memperlihatkan keluhan panjang daripada wanita itu.

Shalwati berkata Aishah mempunyai kecenderungan untuk berbohong bagi menutup perkara yang memalukannya sama seperti bagaimana Aishah berbohong mengenai tindakan dia mencuri coklat ketika dia cuba berdiet, dua tahun lalu.

Mengenai anak ketiganya, Adam, Shalwati berkata, dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi keliru apabila disoal kerana dia mempunyai masalah pemahaman.

“Dalam temu bual itu, dia kelihatan keliru, dia tidak boleh mengingat tarikh dan menyebabkan pegawai-pegawai itu salah faham. Ia amat menyedihkan sebenarnya,” kata Shalwati.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di Spånga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan disambung pada 10 Mac ini.



sumber: siakapkeli.com
4:51 AM 0

ISU SEMASA: Ketua Siasatan Jenayah Cerita Pengalaman Digoda ‘Awek British’….




Jom layan cerita Ketua Siasatan Jenayah ne..MBS petik dari blog siakapkeli.com:


Ipoh –  “Saya pernah digoda ahli sindiket cinta Internet yang mahir menyusun madah cinta untuk mencairkan hati saya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak Superintendan Maszley Minhad ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, dia mula dipancing ‘gadis’ yang mendakwa seorang warga British selain mempunyai darah keturunan Sabah sekitar November hingga awal bulan lalu.

“Saya pasti ‘gadis’ yang mendakwa namanya sebagai Fatima itu ahli sindiket penipuan cinta melalui laman sosial Facebook (FB).

Justeru, saya sengaja melayan mesej e-mel dihantar untuk mengetahui taktik seterusnya.

“Gadis itu yang mendakwa ahli perniagaan dan mewarisi harta kekayaan keluarganya amat bijak berkata-kata.

Dia menggunakan pelbagai ayat yang semuanya bertujuan untuk memikat hati saya secara berperingkat.

“Selepas melayan sindiket itu hampir tiga bulan, ‘gadis’ terbabit tiba-tiba meluahkan hasratnya untuk berpindah ke Malaysia dan memulakan perniagaannya di sini,” katanya sambil menunjukkan kiriman mesej cinta FB yang diterimanya.

Maszley berkata, ‘gadis’ terbabit memintanya mencarikan sebuah banglo mewah untuk didudukinya selain merayu supaya menerima cintanya.

“Dia menghantar mesej mendakwa membelikan hadiah istimewa kepada saya dan bersungguh-sungguh memujuk menerima hadiah itu.

“Saya yakin ‘gadis’ terbabit pastinya akan berpura-pura mahu menghantar bungkusan hadiah itu berdasarkan taktik penipuan dilakukan terhadap ramai mangsa sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ‘gadis’ terbabit yang mungkin mengesyaki beliau adalah anggota polis bertindak menghilangkan diri dan gagal dihubungi selepas itu.

Maszley berkata, aktiviti sindiket penipuan cinta terbabit masih dianggap serius oleh JSJK berikutan ramai rakyat negara ini terus menjadi mangsa penipuan terancang itu saban hari.

“Berdasarkan statistik dikumpul, seramai 91 individu menjadi mangsa penipuan cinta maya ini di Perak sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian lebih RM2 juta.

“Dalam tempoh Januari hingga semalam, seramai 15 individu majoritinya wanita ditipu sindiket sama dengan kerugian mencecah RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, golongan yang ditipu membabitkan wanita bekerjaya antaranya doktor, pensyarah, jururawat, eksekutif syarikat korporat dan guru. – Harian Metro
4:36 AM 0

GEMPAK: ‘ Jantan Jahat Akan Bertemu Betina Yang Tak Senonoh Juga’ – Chef Wan



Pedasnya kata-kata Chef Wan....Jom layan kenyataan Chef Wan..




“Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive. Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.

Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what? These is the sad world today where there is no respect for others..

Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again.Tambahan Anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same…Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.

I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga.Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.”




sumber: siakapkeli.com
Wednesday, March 5, 2014
4:54 PM 0

KUAT: Boleh kuat macam ‘king kong’


wow! Betul ke hebat macam King Kong..Banyak sangat produk menguatkan tenaga batin..Produk terbaru  dari Thailand..Ape lah sangat..bersyukurlah dengan apa yang ada..Tak Gitu?
Jom Baca artikel dari mymetro:

Betong: “Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.
Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat. 
Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji. 

“Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.
“Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati ‘lama’. Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia. Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur,” katanya.

Foto
BHICAI menunjukkan pil rangsangan seks dijual kepada wartawan yang didakwa mendapat sambutan pelancong Malaysia.




sumber: mymetro.com
4:40 PM 0

GEMPAK: Fizo tayang isteri?

Fizo Omar




Apa ne Fizo, tak payahlah nak tayang-tayang isteri..

Ada juga segelintir pihak yang menyifatkan Fizo seakan menayang isterinya di khalayak ramai.

Jom dengar kenyataan Fizo Omar:



“Mestilah saya bawa ke mana sahaja sebab dia isteri saya. Saya akui memang selalu bersamanya.

“Saya tidak pasti kenapa perkara ini menjadi satu perkara yang besar,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fizo memberitahu sejak berkahwin, dia dan Mawar sering meluangkan masa bersama memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.

“Sebelum berkahwin, kami tidak sempat bercinta. Sekarang ini adalah fasa untuk kami bercinta.

“Lagi pun saya dan Mawar saling membantu dalam menjalankan perniagaan masing-masing iaitu Hot Burger dan tudung jenama Fareeda sebab itulah kami sering dilihat bersama,” katanya yang akui masih berusaha untuk menimang cahaya mata.






sumber: sinar harian
4:28 PM 0

ISU BUANG AL-QURAN: Suspek buang al-Quran sakit mental

  • Suspek buang al-Quran sakit mentalSuspek yang dipercayai bertindak membuang al-Quran dibawa keluar dari mahkamah dengan diiringi polis, semalam.
 1 / 1 
Betul ke mamat ne pesakit mental..MBS pun baru saja tahu tentang cerita ne..

jom baca artikel dari sinar harian:


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai suspek yang bertindak membuang al-Quran dan surah Yasin di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.

Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal dan telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang boleh membantu siasatan.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Kita yakin kes ini dapat diselesaikan dengan penahanan suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak beradab itu di dua buah masjid berasingan iaitu Masjid Limbongan dan Masjid Nasharuddin Shah, Kampung Raja, Besut,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri di sini, semalam.

Selain itu, jelas Jamshah, berdasarkan siasatan awal serta pengakuan keluarga terdekat, suspek memang menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan serta mengambil ubat bagi penyakit tersebut.

“Diharapkan dengan tertangkapnya suspek ini, segala spekulasi mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan oleh golongan daripada kaum tertentu yang mempunyai niat tertentu dapat dihentikan kerana ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman,” tegasnya.

Kata Jamshah, semasa ditahan, suspek memberi kerjasama yang baik dan kakinya yang cedera dipercayai akibat terkena kaca ketika menendang pintu gelongsor di masjid berkenaan terpaksa dikenakan lapan jahitan.

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat untuk memastikan sama ada suspek menendang pintu gelongsor berkenaan untuk memasuki masjid atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Jamshah turut mengingatkan orang awam supaya tidak membuat andaian sendiri dan menyebarkan maklumat tidak benar di laman sosial termasuk blog; Facebook dan Whatsapp yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Sudah banyak contoh kita ada. Selain kes ini, kes kematian seorang Penolong Kanan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, yang mayatnya ditemui di Sungai Tajin, Hulu Terengganu, bulan lalu turut disensasikan hingga mengganggu ketenteraman awam.

“Apabila kita menyebarkan spekulasi tidak benar, secara tidak langsung kita mengaibkan orang yang terbabit sedangkan tiada bukti.

"Jangan terlalu mengikut budaya tunjuk pandai dan pantas kononnya anda paling cepat mendapat maklumat, sedangkan maklumat itu tidak benar dan sahih,” katanya.

Kata Jamshah, sepatutnya orang awam membiarkan polis menyiasat terlebih dahulu kerana polis tidak akan sesekali melindungi penjenayah.

Sementara itu di di Mahkamah Majistret, Kampung Raja, Besut, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari bermula semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, Besut, dicampak ke dalam mangkuk tandas; diselerakkan dan dibuang ke luar masjid.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan surah Yasin dicampak di merata tempat termasuk di dalam dan di luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.

Lebih menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.





sumber: sinar harian
4:13 PM 0

Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanita

  • Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanitaKereta mangsa mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut. Kesan darah mangsa kelihatan di atas jalan. - Foto: Ihsan Oriental Daily
 1 / 1 
MBS sedih baca artikel dari sinar harian hari ne..huhu..Teman lelakinya sempat memeluk kekasihnya...

Jom baca artikel ne:


PETALING JAYA - Seorang lelaki sempat memeluk teman wanitanya yang trauma selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan berpusing beberapa kali namun akhirnya dia maut dalam kejadian di Kilometer 17.2 Lebuh Raya Damansara Puchong, malam kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, N Nesa Raja, seorang penghantar surat, bersama teman wanitanya menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback dari Puchong menuju Damansara.

Menurut saksi, kereta dipandu mangsa terbabas melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali.

Katanya, kenderaan itu berpusing sejauh kira-kira 500 meter, sebelum merempuh pengadang di bahagian kiri jalan.

"Selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, mangsa sempat memeluk teman wanitanya berkemungkinan untuk menyelamatkan wanita itu.

"Bagaimanapun, kepalanya terhentak pada tingkap yang terbuka dan pembahagi jalan sepanjang kereta itu berpusing," katanya.

Saksi berkata, darah serta sebahagian daging di muka dan otak mangsa itu dilihat bertaburan atas jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Teman wanitanya yang dilaporkan cedera ringan turut menerima rawatan di hospital sama.



sumber: sinar harian.com
4:08 PM 0

ISU RAMPAS SUAMI ORANG: Hanez bukan punca keretakan rumah tangga Kata Romie

  • Romie: Hanez bukan punca keretakan rumah tanggaDari kiri: Rozmie Razin Aidilha, Rubiah Jaffar (peguam Rozmie) dan Hanez Suraya pada sidang media berkaitan isu Hanez Suraya bersama bakal suaminya. - Foto Sinar Harian oleh Azmi Aryanto
 1 / 1 

Apa lagi kes Artis ne..aduii..tak habis-habis...

Apa2 pun jom layan cerita ne: 


SEJAK beberapa minggu ini, industri hiburan tanah air dikecohkan dengan kontroversi pelakon Hanez Suraya yang didakwa merampas suami orang.

Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, lelaki yang dikaitkan dengan pelakon itu, Romie Razin Adilha, 34, mengaku bercinta dengan Hanez.

Romie juga menafikan dakwaan bahawa Hanez adalah punca keretakan rumah tangganya dengan Nurliyana Abd Manan malah menegaskan perkahwinan mereka memang sudah lama dilanda masalah sebelum Romie mengenali Hanez lagi.

Difahamkan, Nurliyana telah memfailkan perceraian buat kali kedua pada 8 Oktober 2013.

Nurliyana sebelum ini membuat kenyataan di sebuah program TV yang melahirkan kekesalan dengan tindakan Hanez yang merakamkan gambar bersama dua anaknya dan dimuat naik ke laman Instagram.






sumber: Sinarharian.com
2:14 PM 0

ISU NAIK HARGA :Periksa Dompet Kalau Nak Makan Kelah, Patin…



MBS pun  terkejut besar melihat harga makanan hingga mencecah rm1415.00..wow! MBS tak sanggup nak makan diluar klo dah macam ne..Baik di rumah je...

jom baca pendapat dari Siakapkeli.com pula:

Mak ai.. mau terbeliak biji mata bila melihat bil selepas makan di restoran ini.

Mungkin ini harga standard bagi ikan kelah dan patin buah, tapi kalau macam inilah harganya bolehlah kita kategorikan kedua-dua spesis ikan tersebut sebagai makanan mewah di negara ini.

Memanglah banyak lagi makanan lain yang dicaj begini tinggi tapi ia biasanya dihidangkan di restoran mewah berhawa dingin.

Jadi bayangkan kalau menu sama dihidangkan di hotel atau restoran mewah, berapa pula nak kena bayar tu?

Apa pun, bila nak makan ikan kelah dan patin jangan lupa seluk kocek periksa baki duit dulu… 






sumber:siakapkeli.com